|
|
 |
 |
|
|
 |
 |
 |
|
|
Halaman Berkaitan : Buku Terbaru ¦ Promosi Bulan Ini
|
 |
 |
 |
 |
Tajuk : Doa Kami (Buku 1) - Panduan Doa Murid-murid Sekolah
Susunan : Hj.Kamaluddin M.Zin
Harga : RM8.00
Sinopsis :
Doa Untuk Ibu Bapa
"Ya Allah, ampunilah kami dan kedua-dua ibu bapa kami dan kurniakanlah mereka rahmat kerana jasa mereka memelihara kami sejak kecil lagi."
|
Doa Menuntut Ilmu
"Ya Tuhanku, Tambahilah ilmuku, dan limpahi daku kefahaman."
Doa Kebaikan Dunia Dan Akhirat
"Ya Tuhan kami, kurniakanlah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan lindungilah kami dari azab neraka." (Al Quran, surah al-Baqarah ayat 201)
|
 |
 |
Tajuk : Doa Kami (Buku 2) - Panduan Doa Murid-murid Sekolah
Susunan : Hj.Kamaluddin M.Zin
Harga : RM8.00
Sinopsis :
Doa Memohon Ilmu Agama
"Ya Tuhanku, kurniakanlah kepadaku ilmu agama dan masukkanlah aku ke dalam golongan orang saleh." (Al Quran, surah as-Syuara ayat 83)
|
Doa Taat Sembahyang
"Ya Tuhanku jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan sembahyang. Ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku." (al Quran, surah Ibrahim ayat 40)
Doa Mohon Dijauhi Sifat Malas
"Ya Allah aku berlindung kepada-Mu dari kelemahan dan kemalasan."
Demikian antara doa yang terdapat dalam buku Doa Kami (Buku 1 & 2) yang diterbitkan khas untuk panduan para pelajar sekolah rendah dan menengah.
Bagi ibu bapa yang sayangkan anak-anak eloklah dihadiahkan buku ini kepada anak-anak tersayang, semoga dengan menghafal dan mengingati doa-doa tersebut, anak-anak kita akan menjadi insan yang soleh dan solehah.
|
 |
 |
 |
Tajuk : Hakikat Kewujudan Allah
Karya : Prof.Dr.Yusuf al-Qardhawi
Harga : RM15.00
Sinopsis :
"Kewujudan Allah merupakan kebenaran yang utama, ia dengan jelas ditunjukkan oleh fitrah, akal dan hati dan diterangkan juga oleh ilmu pengetahuan, wahyu dan sejarah umat manusia.
Sedangkan orang-orang yang mengingkari kewujudan Allah, hanyalah segelintir kecil dalam setiap masa, kebanyakan mereka adalah orang-orang yag dikuasai oleh hawa nafsu dan dikalahkan oleh isu-isu yang remeh temeh. Oleh itu, mereka memperakui tindakan mereka dalam bentuk keingkaran terhadap kewujudan Allah, sehingga tak seorang pun yang menyokong perbuatan mereka dan mereka pun tidak mengira kejatuhan mereka ke dalam lembah yang hina dan dihinakan..."
Demikian antara intisari tulisan Prof. Dr.Yusuf al Qardhawi dalam bukunya yang berjudul “Hakikat Kewujudan Allah”ini. Buku ini asalnya dalam tulisan Arab diterjemahkan oleh Ustaz Mushtafa Alayaini.
|
 |
 |
 |
Tajuk : Keluarga Bahagia Yang Diidamkan
Pengantar : Prof.Dr. Azizan Hj.baharuddin
Harga : RM18.00
Sinopsis :
"Kesedaran untuk membentuk keluarga yang bahagia dalam masyarakat moden pada masa kini mulai mendapat perhatian yang semakin serius dari pelbagai golongan masyarakat tanpa mengira agama.
Kes-kes perceraian , perbuatan curang suami dan isteri dengan orang lain, penderaan anak, permasalahan juvana, wabak aids yang semakin menular, masalah warga tua yang kesepian hidup dan lain-lain gejala sosial yang negatif menampakkan tanda-tanda yang semakin meningkat..."
Demikian tulisan Dr.Mohd Nor Manuty dalam buku yang amat bernilai ini. Ia juga memuat 20 tulisan lain berkaitan aspek perkahwinan dan rumahtangga oleh penulis yang pakar dalam bidang sains kemasyarakatan, kekeluargaan, psikologi dan lain-lain
Bagi mereka yang sudah lama mendirikan rumahtangga atau yang baru melangsungkan perkahwinan buku ini mungkin berguna untuk menjadi panduan atau mendapatkan idea untuk membina keluarga yang bahagia.
|
 |
 |
 |
Tajuk : Kejatuhan Ideologi Materialisma Dan Agenda Pengisian Islam
Karya : Anwar Al JundiRosli Alias
Penterjemah : Rosli Alias
Harga : RM9.00
Sinopsis :
"Kejatuhan ideologi materialisma pada penghujung abad ke 20 menyaksikan kesedaran masyarakat dunia terhadap keistimewaan dan kesempurnaan Islam dari sudut akidah dan tamadunnya.
Jika dahulu, ideologi bersandarkan kebendaan dianggap sebagai pengganti keperluan beragama. Kini telah berubah menjadi pemusnah dan pembawa kehancuran pada kehidupan manusia sejagat.
Setiap hari masyarakat dunia berhadapan dengan berbagai gejala sosial yang membabitkan perebutan kuasa dan wang yang seringkali berakhir dengan tragedi dan pembunuhan."
Demikian intisari buku bertajuk diatas yang dikupas secara terpeinci oleh penulisnya termasuklah perkara-perkara yang berkaitan dengan kejatuhan fahaman marxisme dan detik-detik terakhir kejatuhan sekularisme, penilaian semula fahaman yang disebarkan oleh barat, krisis pemikiran manusia dan banyak lagi. Sesuai untuk para guru, para pelajar universiti dan mereka yang mencintai ilmu.
|
 |
 |
 |
Tajuk : Mukadimah Memahami Tamadun Islam
Karya : Dr.Muhamad Ali Dannawi
Penterjemah : Muhammad Ramzi Omar
Harga : RM9.00
Sinopsis :
"Antara istilah yang sangat kompleks untuk difahami ialah istilah tamadun (hadarah). Istilah ini mempunyai hampir ratusan tafsiran. Kesemua tafsiran itu memantulkan persepsi khusus tentang kewujudan dan mengungkapkan secara ringkas kefahaman huraian tentang kehidupan.
Kefahaman mengenai tamadun merupakan neraca bagi persepsi dan judul kepada data-data berkaitan umat dan manusia. Melalui tamadun kita dapat menghuraikan banyak peristiwa sejarah serta aneka bentuk kebudayaan dan kreativiti..."
Demikian antara ungkapan dalam buku ini. Secara jelas penulis menghuraikan definisi ketamadunan manusia untuk kita ketahui dan fahami. Amat berguna untuk pelajar-pelajar universiti dan para guru serta orang awam yang suka mengkaji mengenai subjek yang sama.
|
 |
 |
 |
Tajuk : Persaudaraan Islam dan Pembangunan Sosial
Karya : Dr.Mahmud Mohamad Babeli
Penterjemah : Abdul Karim Mustafa
Harga : RM15.00
Sinopsis :
"Perbincangan tentang maksud-maksud persaudaraan dalam Islam dan matlamat-matlamatnya merupakan peringatan bagi setiap Muslim supaya berakhlak dengan konsep ini, dan supaya persaudaran ini menjadi sifat yang sentiasa ada pada Muslim hari ini.
Muslim yang mengambil tentang agamanya terutama semasa mereka sedang menghadapi gejala sosial akan sentiasa berwaspada agar tidak mencerminkan gambaran yang buruk tentang pegangan hidupnya."
Buku ini mengupas secara mendalam mengenai aspek persaudaraan Islam sejagat dan pembangunan sosial yang patut dan perlu diikuti oleh umatnya agar kita dapat mengikuti jalan yang lurus dan berlandaskan kepada syariat Allah.
|
 |
 |
 |
Tajuk : Siri Celik Jawi
Buku 1: Mengenal dan Menyebut Huruf Jawi
Buku 2: Mengenal, Menyebut dan Menulis Huruf Jawi Bersambung
Buku 3: Huruf Jawi di Pangkal, di Tengah dan di Hujung Perkataan
Harga : RM6.90 (Buku 1), RM5.90 (Buku 2), RM6.90 (Buku 3),
Sinopsis :
Amat malang pada masa ini terdapat orang Melayu yang tiada boleh membaca dan menulis jawi dan ia berupa satu tragedi dan kerugian besar kepada ketamadunan bangsa kita. Tulisan jawi adalah warisan sejarah yang perlu dipelihara dan dipelajari walaupun pada zaman langit tiada batasan ini kerana ia adalah lambang jatidiri dan maruah bangsa.
Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan dengan kerjasama Kementerian Pelajaran dan juga Utusan Melayu sedang berusaha untuk menyemarakkan semula penggunaan tulisan jawi di kalangan bangsa kita. Adalah wajar kita menyokong, mempelajarinya dan mempraktikkannya.
Buku Siri celik jawi terbitan Yadim adalah antara usaha untuk memartabatkan tulisan jawi bermula pada peringkat rendah lagi.
Siri ini mengandungi kaedah mengenal dan menyebut huruf jawi secara asas kepada kanak-kanak dan murid-murid sekolah rendah dalam tiga peringkat.
Buku ini ditulis oleh Bahasa Othman dan disemak oleh pakar tulisan jawi, Mohammad @ Mokhtar Talib atau lebih dikenali sebagai Matlob, bekas guru dan kolumnis pengajar jawi di akhbar-akhbar tempatan.
|
 |
|
|
|
|