Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.    Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk),    Dia menciptakan manusia dari sebuku darah beku;    Bacalah dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah;    Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan;    Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.    Ingatlah! Sesungguhnya jenis manusia tetap melampaui batas (yang sepatutnya atau yang sewajibnya),    Dengan sebab dia melihat dirinya sudah cukup apa yang dihajatinya.    (Ingatlah) sesungguhnya kepada Tuhanmulah tempat kembali (untuk menerima balasan).    Adakah engkau nampak (baiknya) orang yang melarang (dan menghalang);    Seorang hamba Allah apabila dia mengerjakan sembahyang?    Adakah engkau nampak (buruknya) jika dia berada di atas jalan yang betul?    Atau dia menyuruh orang bertakwa (jangan melakukan syirik)?    Adakah engkau nampak (terlepasnya dari azab) jika dia mendustakan (apa yang disampaikan oleh Nabi Muhammad kepadanya) serta dia berpaling ingkar?    Tidakkah dia mengetahui bahawa sesungguhnya Allah melihat (segala amal perbuatannya dan membalasnya)?    Jangan sekali-kali berlaku derhaka! Demi sesungguhnya jika dia tidak berhenti (dari perbuatannya yang buruk itu), nescaya Kami akan menyentap ubun-ubunnya (dan menyeretnya ke dalam Neraka);    Ubun-ubun (orang) yang berdusta, yang bersalah.    Kemudian biarlah dia memanggil kumpulannya (untuk menyelamatkannya);    Kami pula akan memanggil malaikat Zabaniyah (untuk menyeksanya).    Ingatlah! Janganlah engkau (wahai Muhammad) menurut kehendaknya dan (sebaliknya) sujudlah dan dampingkanlah dirimu kepada Allah (dengan taat dan beramal soleh)!
Halaman Berkaitan : Buku Terbaru ¦ Buku Terlaris
Promosi Buku Remaja - Progressive Publishing House Sdn.Bhd.
Tajuk: Air Mata Gadis Yang Hilang Dara
Karya: Puteri Izma
Harga: RM9.00
Sinopsis:
Kata penulis buku ini; Dara adalah fitrah Tuhan yang hakiki untuk kaum hawa dan ternyata kaum hawa adalah kaum yang lebih mulia dari kaum lelaki. Akan tetapi jika kaum hawa gagal mengawal atau memelihara kedaraannya maka wanita itu adalah seorang hamba Allah yang paling hina kedudukannya. Oleh itu setiap gadis harus menjaga kesuciannya daripada ternoda. Baca buku ini untuk dijadikan iktibar dan panduan.
Tajuk: Kenapa Gadis Pilih Suami Orang
Karya: Puteri Izma
Harga: RM10.00
Sinopsis:
Buku ini memaparkan 1001 persoalan mengenai masalah yang diutarakan; Mengapa gadis zaman ini suka memilih suami orang? Antara persoalan yang dibincangkan termasuk; *punca gadis pilih suami orang, *mengapa suami kahwin lagi?, *baik buruk kahwin dengan suami orang,*siapakah yang berhak kahwin lagi,*pandangan isteri bermadu,*pendapat gadis remaja mengenai suami orang,*tips jika anda jadi isteri kedua,*pandangan ibubapa anak yang berkahwin suami orang dan lain-lain. Sesuai dibaca sebagai pedoman kepada para remaja dan orang dewasa.
Tajuk: Rahsia Seraut Wajah
Karya: Puteri Izma
Harga: RM8.00
Sinopsis:
Setiap manusia yang sempurna ada seraut wajah. Dan wajah itu pula membayangkan seribu makna di sebaliknya. Antara kandungan buku ini ialah; *rahsia seraut wajah, *rahsia di sebalik bibir, * mata yang menggoda, *hidung yang mancung, *rahsia di sebalik telinga, *rahsia dahi, * yang tersirat di telapak tangan, *rambut panjang, mengurai, kerinting, ikal mayang apa rahsianya dan lain-lain. Jika anda ingin mengetahui rahsia seraut wajah anda buku ini mungkin boleh membantu.
Tajuk: Misteri Adila
Karya: Puteri Izma
Harga: RM7.00
Sinopsis:
Sebuah kematian yang sungguh menyedihkan. Rogol dan bunuh, kekejaman seorang manusia yang hanya mengikut nafsu tanpa memikirkan akibat dari perbuatannya. Sebuah kematian yang tidak pernah diminta. Dia mahu terus hidup untuk meraikan ulang tahun hari kelahirannya. Kenapa dengan Adila? Apakah kisah sebenar Misteri Adila?
Demikian intisari yang terpapar dalam buku ini. Sebuah kisah misteri yang mendebarkan dan tidak memerlukan sebarang jawapan.
Tajuk: Gelora Rasa
Karya: Norsiah Zainuddin
Harga: RM19.50
Sinopsis:
Farhana merasa mukanya berbahang. Panas dan rasa tidak ketentuan. Lelaki itu mahu menggodanya. Mana perginya teman wanita yang pernah dikatakannya itu. Ah…apakah setiap lelaki mempunyai agenda yang sama. Farhana cuba mengingatkan dirinya agar lebih berhati-hati dengan lelaki dihadapannya itu.
Demikian sedutan dari novel Gelora Rasa. Baca dan ikuti perkembangan cerita yang penuh debaran…sesuai untuk para remaja.
Promosi Buku MUST Sdn. Bhd.
Tajuk:
Siri Kegiatan Sukan A
Harga Satu Set: RM95.00
Harga Diskaun: RM85.50
Sinopsis:
Buku ini amat berguna untuk kegiatan sekolah. Sesuai untuk guru dan para pelajar. Ia mengandungi panduan bagaimana perjalanan sesuatu sukan itu supaya kita lebih memahami dan bersikap profesional.
Ia mengandungi 10 jenis sukan ternama tanahair iaitu bolasepak, skuasy, olahraga, takraw, bola baling, bola tampar, badminton, golf, hoki dan ping pong.
Tajuk:
Siri Misteri
Harga Satu Set: RM40.00
Harga Diskaun: RM36.00
Sinopsis:
Bagi para pelajar atau sesiapa yang meminati kisah-kisah misteri, buku ini yang mengandungi 8 buku bagi set menghidangkan berbagai kisah misteri yang mengasyikkan dan mendebarkan. Ia diolah dengan bahasa yang mudah dan menghiburkan.
8 buku misteri yang dipaparkan ialah Misteri Pencuri Disket, Misteri Terowong Rahsia, Misteri Pelajar Hilang, Misteri di Hutan Chamang, Misteri Taman Buaya, Misteri Arca Emas, Misteri di Tepi Lombong, Misteri Mencuri Terbongkar.
Page : 1  2  
20, Jalan 56, Desa Jaya, Kepong 52100 Kuala Lumpur. Tel : 03-6274 9225 / 012-253 8156