 |
| Promosi Buku Progressive Publishing House Sdn.Bhd. |
 |
Tajuk: Poligami (Seorang lelaki untuk ramai perempuan). Monogami (Seorang lelaki untuk seorang perempuan)
Karya: Mustaffa Suhaimi
Harga: RM12.50
Sinopsis:
- tiada buat masa ini -
|
 |
Tajuk: Mengenal 20 Sifat Allah S.W.T
Karya: Abdul Aziz Ismail
Harga: RM10.00
Sinopsis:
- tiada buat masa ini -
|
 |
Tajuk: Sejarah Pembinaan Baitullah dan Hikmah Ibadat Haji
Karya: Mustaffa Suhaimi
Harga: RM12.90
Sinopsis:
- tiada buat masa ini -
|
 |
Tajuk: Dendam Amerika, Israel Terhadap Umat Islam
Karya: Mustaffa Suhaimi
Harga: RM10.00
Sinopsis:
Palestin sentiasa dibuli oleh Israel. Sudah banyak harta benda musnah dan rakyat Palestin kehilangan nyawa akibat kekejaman rejim Israel. Amerika pula melakukan perkara yang sama terhadap Afghanistan dan Iraq. Ratusan ribu rakyat Iraq terkorban akibat peluru ganas Amerika. Bekas Presiden Saddam Hussein pula dikorban pada hari pertama Aidiladha di tali gantung. Dendam kedua negara ini terhadap umat Islam tidak berkesudahan sejak dulu sampailah sekarang. Buku ini mengupas dendam lama dan menerangkan siapakah sebenarnya yakjuj dan makjuj.
|
 |
Tajuk: Cinta Kepada Allah dan Rasul S.A.W
Karya: Yahya Nuryadi
Harga: RM15.00
Sinopsis:
Cinta bukan perkara asing bagi manusia. Manusia terutama para remaja sering dilamun cinta. Tapi tahukah kita apakah pengertian cinta yang sebenarnya. Nabi Saw pernah bersabda;" Barangsiapa yang jatuh cinta, lalu menyembunyikannya dan menahan diri dengan penuh kesabaran, nescaya Allah akan memberikan keampunan baginya dan memasukkannya ke dalam syurga."
Buku ini mengupas perihal murninya hati kita kalau seluruh jiwaraga kita mencintai Allah dan Rasul serta menerangkan tentang kecantikan bidadari serta kaum wanita yang ramai menghuni syurga melebihi dari kaum lelaki.
|
 |
Tajuk: Kalimah Shahadah Isytihar Diri Beragama Islam
Karya: Rahman & Aisyah
Harga: RM8.00
Sinopsis:
Seseorang yang hendak menganut Islam mesti mengucap syahadah terlebih dahulu sebelum diterima sebagai seorang Islam sepenuhnya. Rasulullah bersabda; "Setiap orang yang mengucapkan lailahaillallah dan Muhammad adalah Rasulullah dengan sungguh-sungguh daripada lubuk hatinya, Allah pasti mengharamkan api neraka menyentuhnya. Buku ini mengupas mengenai keagungan pengakuan kalimah suci itu serta tauhid dan ketaqwaan yang perlu ada pada manusia yang telah melafazakan ikrar tersebut.
|
 |
Tajuk: Beriman Kepada Nabi Muhammad S.A.W
Karya: Mustaffa Suhaimi
Harga: RM15.00
Sinopsis:
Antara kandungan buku ini ialah; * pentingnya ilmu tauhid bagi setiap mukmin, * di antara dasar tauhid dan fatwa syirik, * beberapa kekeliruan mengenai takrif ibadat menurut syarak,* apakah keyakinan kepada kuasa ghaib berunsur syirik?,*Kemunduran umat Islam berpunca dari amalan bidaah dan syirik, * beberapa amalan di sekita kubur yang dihukum bidaan syirik dan banyak lagi. Perlu dibaca oleh setiap Muslim untuk menguatkan keimanan dan ketaqwaan.
|
 |
 |
| Promosi Buku YADIM |
 |
Tajuk: Sirah Nabawiyyah
Karya: Safiyyu al-Rahman al Mubarakfuri
Penterjemah: Muhammad Ramzi Omar
Harga: RM45.00
Sinopsis:
Buku berkulit keras ini ditulis oleh Safiyyu al Rahman al Mubarakfuri setebal 733 halaman. Buku ini dipilih sebagai Johan Sayembara Penulisan Sirah Nabawiyyah anjuran Rabitah Al-Alam Al Islami tidak lama dulu.
Kandungannya menggabungkan perbincangan tentang aspek pensejarahan yang meliputi sejarah orang-orang Arab pada zaman jahiliah sebagai laluan untuk menjustifikasikan mengapa perlunya Allah mengutuskan Rasulullah s.a.w. di bumi Arab.
Buku ini juga memaparkan liku-liku perjuangan dakwah Rasulullah s.a.w., stratgei dan uslub dakwah yang dikemukakan melalui tiga peringkat dakwah iaitu peringkat permulaan, peringkat tribulasi dan peringkat kejayaan.
Buku ini sangat sesuai untuk dijadikan rujukan kepada para pelajar, pendidik, pendakwah dan masyarakat pelbagai lapisan untuk mengetahui dengan lebih mendalam perjuangan Rasulullah menegakkan agama Allah di muka bumi ini.
Setiap keluarga Muslim di negara kita perlu memiliknya untuk bacaan sekeluarga.
|
 |
Tajuk: Soal Jawab Wanita Islam
Karya: Shaikh Atiyyah Saqr
Harga: RM15.00
Sinopsis:
Buku ini mengandungi koleksi fatwa-fatwa mengenai berbagai perkara yang berkaitan dengan wanita Islam dalam menjalani ibadah mereka. Bentuk soaljawab yang dipaparkan memudahkan kaum wanita memahami sesuatu masalah yang berkaitan dengan diri mereka.
Penulis buku ini berasal dari Mesir merupakan seorang ulama Al-Azhar dan juga Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Al Azhar, Mesir telah menghasilkan lebih 37 buah buku dalam berbagai bidang pengajian Islam.
|
 |
Tajuk: Bahaya Pelampau Agama
Karya: Prof. Dr. Yusuf al Qardhawi & Prof. Dr. Ahmad Kamal Abu al-Magd
Harga: RM4.00
Sinopsis:
Di kalangan manusia wujud apa yang kita panggil pelampau agama. Dr.Yusuf al Qardhawi berkata terdapat enam tanda seseorang atau sesuatu kumpulan itu boleh dianggap pelampau agama atau tidak. Adakah anda termasuk antara enam tanda yang dinyatakan itu. Dan apakah tanda-tandanya. Untuk mengetahuinya buku ini perlu anda memiliki segera.
|
 |
Tajuk: Tokoh-Tokoh Agama dan Kemerdekaan Di Alam Melayu
Karya: Tajuddin Saman & Ab.Manaf Haji Ahmad
Harga: RM9.90
Sinopsis:
Kelahiran buku mengenai tokoh agama dan kemerdekaan di Alam Melayu ini merupakan sumbangan besar kepada para pembaca yang ingin mengetahui tokoh-tokoh tempatan yang banyak berjasa kepada negara. Walaupun buku ini mengupas sebagaian kecil sahaja tokoh-tokoh yang banyak menyumbang jasa pada negara tetapi kata orang buat permulaan ia amat bermakna dan berguna sekali.
Sesuai menjadi bahan bacaan untuk para pelajar dan orang ramai yang ingin mengenali tokoh-tokoh agama dan kemerdekaan yang telah berjuang membina bangsa dan negara.
|
 |
| Page : 1 2 |