|
|
 |
|
|
 |
 |
Assalamualaikum wbk. dan Salam Sejahtera.
Apa khabar para pembaca dan para penulis tanahair. Harap anda semua sihat dan dikurnia Allah rahmat dan nikmat.
Sebagai hamba Allah kita perlu sentiasa bersyukur kepadaNya kerana memberikan kita rezeki dan kenikamatan yang tidak terbalas oleh kita.
Sebagai menghargai minat anda yang gemar membaca, kami adakan “Medan Kreatif” ini untuk anda mencuba bakat dalam bidang penulisan.
Anda kirimlah karya kreatif anda sama ada sajak, pantun, kata-kata hikmah atau cerita terpendek (Certerpen) untuk ruangan ini. Insya Allah kami akan berusaha memaparkan karya anda itu pada ruangan ini untuk sama-sama dibaca oleh kawan-kawan kita jauh dan dekat.
Dengan itu kita boleh mengeratkan tali silaturrahim disamping dapat mengasah bakat di bidang penulisan.
Hantarkan tulisan anda itu ke email: kreatif@wjpublishing.com
Jenguk-jenguklah senarai buku di lama web kami dan kalau ada yang berkenan di hati pesanlah sebuah dua untuk menjadi bahan bacaan kita sekeluarga.
Membaca itu berkat dan juadah pada minda kita.
Salam dari saya; Intan Ezzaty
|
|
 |
|
 |
 |
|
|
 |
 |
 |
|
 |
 |
Medan Kreatif (MK) kali ini akan memperkenalkan secara ringkas tiga penulis kreatif dari Terengganu yang dianggap masih aktif dan telah mengharumkan dunia kesusasteraan tanah air.
Mereka ialah Tuan Sharif Putera, Wan Ahmad Ismail dan Hilmi Rindu (Mohd Abdullah). Selain mereka bertiga, penulis-penulis lain terutama yang bernaung di bawah Pelita juga giat menghasilkan pelbagai karya untuk menyemarakkan dunia sastera berbahasa Melayu.
Sharif Putera telah menghasilkan banyak buku, antara yang terbaru ialah antologi cerpen "Menunggu Tetamu" terbitan DBP.
Antologi ini mengandungi 17 cerpen karya penulis-penulis yang berasal dari Terengganu atau yang pernah menetap di negeri tersebut.
Wan Ahmad Ismail atau Naw K. Adis ialah seorang cerpenis, penyair dan aktivis drama, telah menghasilkan banyak buku antaranya buku-buku yang diterbitkan sendiri.
Hilmi Rindu pula seorang penyair berbakat yang banyak memenangi hadiah sastera termasuk Hadiah Sastera Kumpulan Utusan. Beliau juga telah menghasilkan beberapa buah buku puisi antaranya "Dusun Kemesraan" dan lain-lain.
|
 |
 Wan Ahmad Ismail |
 Menunggu Tetamu |
 Dusun Kemesraan |
|
 |
 |
 |
VETERAN KEMUDI
Tiga penulis Selangor yang menggelar diri mereka Veteran Kemudi tidak lama dulu telah menghasilkan antologi puisi berjudul "Selagi Ombak Mengejar Pantai 8" yang memuat karya-karya yang dihasilkan oleh ahli-ahli Kemudi dan penyair-penyair jemputan.
Tiga penulis aktif yang menghasilkan antologi tersebut itu ialah Atondra (Dato Dr.), Ismas Saring dan Sabar Bohari.
Antologi ini memuat karya-karya 24 penyair Selangor termasuk penyair jemputan negara jiran. Antara penyumbangnya ialah Dr. Ahmad Razali, Dr.Ibrahim Ghaffar, Dr.Wahid Kasran, Dr. Talib Samat, Medy loekito (Jakarta Timur), Ingrid Brita (Australia), Leo A.W.S dan lain-lain.
Dato Abdul Samad Mahruddin, Yang Dipetua Kemudi menulis Sekapur Sireh untuk antologi puisi ini.
|
 |
 Dato Dr. Haji Atondra |
 Ismas Saring |
 Sabar Bohari |
 Selagi Ombak Mengejar Pantai 8 |
|
 |
|
|
|
|