Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.    Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk),    Dia menciptakan manusia dari sebuku darah beku;    Bacalah dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah;    Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan;    Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.    Ingatlah! Sesungguhnya jenis manusia tetap melampaui batas (yang sepatutnya atau yang sewajibnya),    Dengan sebab dia melihat dirinya sudah cukup apa yang dihajatinya.    (Ingatlah) sesungguhnya kepada Tuhanmulah tempat kembali (untuk menerima balasan).    Adakah engkau nampak (baiknya) orang yang melarang (dan menghalang);    Seorang hamba Allah apabila dia mengerjakan sembahyang?    Adakah engkau nampak (buruknya) jika dia berada di atas jalan yang betul?    Atau dia menyuruh orang bertakwa (jangan melakukan syirik)?    Adakah engkau nampak (terlepasnya dari azab) jika dia mendustakan (apa yang disampaikan oleh Nabi Muhammad kepadanya) serta dia berpaling ingkar?    Tidakkah dia mengetahui bahawa sesungguhnya Allah melihat (segala amal perbuatannya dan membalasnya)?    Jangan sekali-kali berlaku derhaka! Demi sesungguhnya jika dia tidak berhenti (dari perbuatannya yang buruk itu), nescaya Kami akan menyentap ubun-ubunnya (dan menyeretnya ke dalam Neraka);    Ubun-ubun (orang) yang berdusta, yang bersalah.    Kemudian biarlah dia memanggil kumpulannya (untuk menyelamatkannya);    Kami pula akan memanggil malaikat Zabaniyah (untuk menyeksanya).    Ingatlah! Janganlah engkau (wahai Muhammad) menurut kehendaknya dan (sebaliknya) sujudlah dan dampingkanlah dirimu kepada Allah (dengan taat dan beramal soleh)!
Halaman Berkaitan : Buku Terbaru ¦ Promosi Bulan Ini
Tajuk : Abu Jahal Pengkhianat No.1 Rasulullah SAW.
Karya : Rahman & Aisyah
Harga : RM9.00
Sinopsis :
Sepanjang hidupnya dia sentiasa mengkhianati Rasulullah saw sehingga dia dikenali sebagai pengkhianat no.satu di kalangan orang-orang musyrikin Arab. Antara kisah yang dipaparkan dalam buku ini ialah mengenai Abu Jahal yang merancang untuk membunuh Rasulullah, Abu Jahal ketakutan dan terbayang unta di atas kepalanya, Abu Jahal campakkah najis ketika Rasulullah sujud, Abu Jahal mempersendakan ayah suci al Quran dan akhirnya Abu Jahal menemui ajal di hujung pedang.
Tajuk : Terakhir Nabi Muhammad SAW.
Karya : Mustaffa Suhaimi
Harga : RM15.00
Sinopsis :
Setelah menamatkan khutbahnya Nabi saw turun dari untanya dan berada di sana sehingga waktu asar. Ketika itulah baginda saw menerima wahyu dari Allah yang bermaksud (surah al- Maidah ayat 4); "Hari ini ku sempurnakan untuk kamu agamamu,Aku penuhkan nikmat-Ku kepada kamu dan Aku rela bahawa Islam adalah agama kamu!".
Sesudah mendengar wahyu ini dibaca oleh Nabi saw, sahabat karibnya Abu Bakar As-Siddiq menangis. Kenapa Abu Bakar menangis? Ikuti buku yang menceritakan perjuangan nabi saw sehingga ke akhir hayatnya.
Tajuk Buku: AWAS Golongan Munafikin.
Karya: Abd.Aziz Ismail
Harga : RM10.00
Sinopsis :
Siapakah golongan munafikin? Antara yang diperjelaskan oleh buku ini ialah; orang yang tinggalkan solat jumaat secara sengaja termasuk orang munafik, orang Islam yang menghina atau mencaci para sahabat Rasulullah Saw termasuk golongan munafik,sengaja melambat-lambatkan atau tidak membayar hutang, adalah amalan orang munafik, mengambil tanah orang tanpa hak berdosa besar dan termasuk dalam golongan orang munafik dan orang munafik adalah musuh dalam selimut orang Muslim. Dapatkan penjelasan lebih lanjut mengenai golongan munafikin dalam buku ini.
Tajuk : AWAS Yahudi Pesongkan Kandungan Al Quran.
Karya : Mustaffa Suhaimi
Harga : RM10.00
Sinopsis :
Yahudi dengan fahaman zionismanya sentiasa berusaha untuk memesong dan menyesatkan umat Islam. Antara tindakannya ialah mengubah isi kandungan kitab suci Al Quran. Ini telahpun dilakukannya dengan menamakan Al Quran tiruan ciptannya sebagai Bacaan Mulia. Yahudi juga sentiasa berusaha untuk menguasai tiga tempat suci Islam iaitu Baitulmaqdis,Baitullah di Mekah dan makam Rasulullah Saw di Madinah.Untuk mengetahui lebih lanjut perancangan jahat yahudi ini milik buku ini supaya anda sentiasa berwaspada pada setiap masa.
Tajuk : AWAS Ajaran Songsang.
Karya : Mustaffa Suhaimi
Harga : RM10.00
Sinopsis :
Kenali ajaran songsang yang berlaku di kalangan masyarakat kita hari ini. Buku ini menerangkan beberapa ajaran songsang yang berlaku di seluruh dunia,antaranya mengenai Kalta seks bebas di India, ajaran Ahmadiah Qadiani, Mazhab kristian aneh di Korea, ke pintu syurga naik UFO dan lain-lain.
Tajuk : Aurat Lelaki dan Wanita.
Karya : Abd.Aziz Ismail
Harga : RM10.00
Sinopsis :
Aurat menurut bahasa ialah "keaiban" manakala menurut syarak bermaksud; bahagian-bahagian tertentu pada tubuh badan manusia yang wajib ditutup dari pandangan.
Buku ini mengupas secara terpeinci mengenai aurat lelaki dan wanita berdasarkan al Quran dan Hadis sebagai panduan untuk umat Islam menjalani kehidupan sehari-hari mengikut keredhaan Allah s.w.t.
Tajuk : Azab Tinggalkan Solat.
Karya : Yusuf Ismail An Nabhani
Harga : RM10.00
Sinopsis :
Solat ialah perintah Allah kepada sekelian umat Islam. Ia wajib dikerjakan lima kali sehari. Tanda bagi seorang Islam ialah solat. Sesiapa yang mengosongkan hatinya untuk diisikan solat dan memeliharanya dengan syaratnya, waktunya dan sunat-sunatnya, maka dia adalah seorang mukm yang sebenarnya.
Buku ini menceritakan kepentingan solat dan azab-azab yang mungkin ditimpakan ke atas umat Islam yang tidak bersolat atau sengaja melupakannya.
Tajuk : Cinta Dunia Sengsara di Akhirat.
Karya : Rahman & Aisyah
Harga : RM9.00
Sinopsis :
Buku ini mencerita dan memberi panduan kepada manusia supaya jangan terlalu mencintai dunia sehingga mengenepikan akhirat. Kedua-keduanya perlu seimbang kerana kalau kita terlalu cintakan dunia kita bimbang akan merana di akhirat.
Sabda Nabi SAW; umatku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat terdahulu. Kemudian sahabat bertanya; apakah penyakit terdahulu itu, Nabi SAW menjelaskan; Terlalu banyak seronok, terlalu mewah, menhimpunkan harta sebanyak mungkin ,tipu menipu dalam erebut harta dunia, saling marah memarahi,hasut menghasut hingga terjadi zalim menzalimi.
Tajuk : Formula Muhasabah Rasulullah S.A.W - Berdoalah Selepas Solat
Karya : Rahman & Aisyah
Harga : RM9.00
Sinopsis :
- tiada buat masa ini -
Tajuk : Doa & Wirid
Susunan : Mustaffa Suhaimi
Harga : RM8.00
Sinopsis :
- tiada buat masa ini -
Page : 1  2  3  4  5
20, Jalan 56, Desa Jaya, Kepong 52100 Kuala Lumpur. Tel : 03-6274 9225 / 012-253 8156