Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.    Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk),    Dia menciptakan manusia dari sebuku darah beku;    Bacalah dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah;    Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan;    Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.    Ingatlah! Sesungguhnya jenis manusia tetap melampaui batas (yang sepatutnya atau yang sewajibnya),    Dengan sebab dia melihat dirinya sudah cukup apa yang dihajatinya.    (Ingatlah) sesungguhnya kepada Tuhanmulah tempat kembali (untuk menerima balasan).    Adakah engkau nampak (baiknya) orang yang melarang (dan menghalang);    Seorang hamba Allah apabila dia mengerjakan sembahyang?    Adakah engkau nampak (buruknya) jika dia berada di atas jalan yang betul?    Atau dia menyuruh orang bertakwa (jangan melakukan syirik)?    Adakah engkau nampak (terlepasnya dari azab) jika dia mendustakan (apa yang disampaikan oleh Nabi Muhammad kepadanya) serta dia berpaling ingkar?    Tidakkah dia mengetahui bahawa sesungguhnya Allah melihat (segala amal perbuatannya dan membalasnya)?    Jangan sekali-kali berlaku derhaka! Demi sesungguhnya jika dia tidak berhenti (dari perbuatannya yang buruk itu), nescaya Kami akan menyentap ubun-ubunnya (dan menyeretnya ke dalam Neraka);    Ubun-ubun (orang) yang berdusta, yang bersalah.    Kemudian biarlah dia memanggil kumpulannya (untuk menyelamatkannya);    Kami pula akan memanggil malaikat Zabaniyah (untuk menyeksanya).    Ingatlah! Janganlah engkau (wahai Muhammad) menurut kehendaknya dan (sebaliknya) sujudlah dan dampingkanlah dirimu kepada Allah (dengan taat dan beramal soleh)!
Halaman Berkaitan : Buku Terbaru ¦ Promosi Bulan Ini
Tajuk: Cinta Haji Hadi
Karya: Haji Mohamed Jusoh
Harga: RM12.00
Sinopsis:
Buku ini mengisahkan kehidupan Haji Hadi sebagai anak kampung yang cintakan ilmu, keluarga, sahabat handai, agama dan Negaranya yang tercinta sehingga berjaya menjadi ahli politik pembangkang yang disegani.
Ia juga memaparkan hubungan mesra antara dua orang isterinya yang sanggup berkongsi kasih melayani Haji Hadi baik semasa senang atau susah.
Tajuk: Haji dan Umrah: Kesilapan-Kesilapan Yang Dilakukan Jemaah Haji
Karya: Haji Abdul Kadir Mandili, Mekah.
Harga: RM5.80
Sinopsis:
Buku ini ditulis oleh Sheikh Abdul Kadir Mandili, seorang ulama kelahiran Malaysia yang kini bermastautin di Mekah dan mengajar agama di Masjidil Haram.
Ia memaparkan kesilapan-kesilapan yang sering dilakukan jemaah haji semasa menunaikan haji dan menerangkan apa yang sebenarnya patut dilakukan menurut ajaran Rasulullah s.a.w. dan perintah al Quran. Sesuai dijadikan panduan bagi mereka yang akan menunaikan haji.
Tajuk: Warna-warna Kehidupan:Rindu Seorang Ibu.
Karya: Wahba
Harga: RM10.00
Sinopsis:
Mengandungi 10 cerpen pelbagai tema dan puisi-puisi yang mengharukan dan menyentuh rasa. Cerpen-cerpennya memaparkan gelagat kehidupan manusia kota dan desa yang serba kekurangan. 10 puisinya membawa tema ketuhanan yang boleh dijadikan iktibar dan panduan. Manakala puisi "Empat Perjalanannya" menggambarkan pengalaman penulis ke negara-negara seperti Paris, Frankfurt, London, Arab Saudi, Hatyai, Krabi, Phuket dan lain-lain.
Tajuk: Warna-warna Kehidupan: Doa Seorang Isteri.
Karya: Wahba
Harga: RM10.00
Sinopsis:
Kumpulan cerpen dan puisi yang membawa pelbagai tema;suka duka, kasih dan benci, kemungkaran dan keinsafan manusia dari berbagai latarbelakang kehidupan. Puisi-puisinya membawa keinsafan dan kesedaran betapa pentingnya agama dalam kehidupan harian kita.
Tajuk: Panduan Mengarang Cerpen.
Karya: Panel penulis WJ Publishing
Harga: RM55.00
Sinopsis:
Panduan untuk anda menghasilkan sesebuah karya. Ia amat berguna kepada anda yang ingin menjadi penulis dan yang ingin menambah pengetahuan mengenai cara penulisan cerpen. Ia ditulis oleh panel penulis WJ Publishing yang terdiri daripada mereka yang profesional atau ahli dalam bidang yang berkaitan khususnya mereka yang pernah terlibat dalam bidang penulisan cerpen sejak sekian lama.
Tajuk: Rasulullah SAW Berdialog Dengan IBLIS
Karya: Rahman & Aisyah
Harga: RM9.00
Sinopsis:
- tiada buat masa ini -
Tajuk: Rahsia Hikmah Surah al Fatihah
Karya: Ustaz Abdul Raof Dalip
Harga: RM10.00
Sinopsis:
- tiada buat masa ini -
Tajuk: Halal & Haram (Buku 1)
Karya: Mustaffa Suhaimi
Harga: RM8.00
Sinopsis:
- tiada buat masa ini -
Tajuk: Halal & Haram (Buku 2)
Karya: Mustaffa Suhaimi
Harga: RM8.00
Sinopsis:
- tiada buat masa ini -
Tajuk: Pengorbanan Ibu Bapa Terhadap Anak
Karya: Harun Arrasyid Hj.Tuskan
Harga: RM9.00
Sinopsis:
- tiada buat masa ini -
Page : 1  2  3  4  5
20, Jalan 56, Desa Jaya, Kepong 52100 Kuala Lumpur. Tel : 03-6274 9225 / 012-253 8156