Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.    Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk),    Dia menciptakan manusia dari sebuku darah beku;    Bacalah dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah;    Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan;    Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.    Ingatlah! Sesungguhnya jenis manusia tetap melampaui batas (yang sepatutnya atau yang sewajibnya),    Dengan sebab dia melihat dirinya sudah cukup apa yang dihajatinya.    (Ingatlah) sesungguhnya kepada Tuhanmulah tempat kembali (untuk menerima balasan).    Adakah engkau nampak (baiknya) orang yang melarang (dan menghalang);    Seorang hamba Allah apabila dia mengerjakan sembahyang?    Adakah engkau nampak (buruknya) jika dia berada di atas jalan yang betul?    Atau dia menyuruh orang bertakwa (jangan melakukan syirik)?    Adakah engkau nampak (terlepasnya dari azab) jika dia mendustakan (apa yang disampaikan oleh Nabi Muhammad kepadanya) serta dia berpaling ingkar?    Tidakkah dia mengetahui bahawa sesungguhnya Allah melihat (segala amal perbuatannya dan membalasnya)?    Jangan sekali-kali berlaku derhaka! Demi sesungguhnya jika dia tidak berhenti (dari perbuatannya yang buruk itu), nescaya Kami akan menyentap ubun-ubunnya (dan menyeretnya ke dalam Neraka);    Ubun-ubun (orang) yang berdusta, yang bersalah.    Kemudian biarlah dia memanggil kumpulannya (untuk menyelamatkannya);    Kami pula akan memanggil malaikat Zabaniyah (untuk menyeksanya).    Ingatlah! Janganlah engkau (wahai Muhammad) menurut kehendaknya dan (sebaliknya) sujudlah dan dampingkanlah dirimu kepada Allah (dengan taat dan beramal soleh)!
Halaman Berkaitan : Promosi Bulan Ini ¦ Buku Terlaris
Tajuk : Akhlak Terpuji Kunci Ke Syurga
Karya : Dr. Akram Ridha
Terjemahan : Yahya Nuryadi
Harga : RM10.00
Sinopsis :
Dari Jabir r.a., Rasulullah s.a.w.bersabda (maksudnya); "Sesungguhnya orang yang paling aku cintai di antara kalian dan paling dekat tempatnya dengan ku pada hari kiamat kelak adalah yang paling baik akhlaknya dan orang yang paling aku benci dan jauh tempatnya dariku pada hari kiamat adalah ats-tsartsarun (orang yang banyak bicara), al-mutasyaddiqun (orang yang gemar berbicara untuk menampakkan kefasihan lidahnya) dan al-Mutafaihiqun. Mereka (para sahabat) lalu bertanya; Ya Rasulullah, kami telah mengetahui Ats-Tsartsarun dan al-Mutasyaddiqun, lalu apakah yang dimaksudkan dengan al-Mutafaihiqun? Baginda menjawab; Al-Mutakabbirun (orang yang sombong).

Buku ini mengupas ciri-ciri akhlak terpuji untuk diikuti dan dicontohi.
Tajuk : Syafaat Penyelamat Umat di Akhirat
Karya : Ahmad Muhammad
Harga : RM12.00
Sinopsis :
Antara amalan-amalan yang boleh menyebabkan seseorang mendapat syafaat ialah membaca selawat, solat, berdoa selepas azan, membaca al quran, berpuasa, beribadat kepada Allah s.w.t. sabar tinggal di Madinahal Munawarrah dan meninggal di dalamnya dan apabila jenazahnya disolatkan oleh orang mukmin yang bilangannya melebihi 40 orang.

Buku ini menjelaskan pengertian syafaat dan bagaimana memperolehinya untuk kebahagian dunia dan akhirat.
Tajuk : Ulama Membina Tamadun Manusia
Karya : Wahba & Hafiz Hamzah
Harga : RM15.00
Sinopsis :
Buku ini menceritakan secara ringkas kejayaan ulama-ulama masa silam dalam mencari ilmu untuk faedah manusia sejagat. Antara ulama-ulama yang diceritakan termasuk; al farabi, Ibnu Arabi, Ibnu Rushd, Ibn Khaldun, Ibn Batutta, Al Biruni, al Razi, Maulana Ilias, Tuk Kenali, Tuk Selehong, Tuk Ku Tuan Besar, Tuk Pulau Manis, Hamka, Rashid reda, Abdullah Azzam dan banyak lagi.
Tajuk : Bersuci
Karya : Yahya Nuryadi
Harga : RM8.00
Sinopsis :
Buku ini menceritakan segala perkara yang berkaitan dengan bab bersuci dalam Islam. Antara perkara yang disentuhnya ialah mengenai bab mengambil wuduk, tayamum, mandi junub, mandi haid dan nifas. Lain-lain perkara yang diterangkan termasuk mengenai penggunaan air, adab membuang air besar, bersugi dan sunah fitrah, perkara yang membatalkan wuduk,lafaz niat ketika mandi dan lain-lain.
Tajuk : Dunia, Alam Barzakh, Alam Akhirat
Karya : Yahya Nuryadi
Harga : RM10.00
Sinopsis :
Antara kandungan buku inilah; * Hakikat kehidupan di alam barzakh seperti yang tercatat dalam al Quran, * Misteri kehidupan alam barzakh, * Malam pertama di alam kubur, * Kehidupan sehari-hari di alam barzakh, * Di manakah para arwah menetap setelah mati, * Seksa kubur dan lain-lain.
Tajuk : Panduan Umrah dan Ziarah (Jawi)
Karya : Mustaffa Suhaimi
Harga : RM8.00
Sinopsis :
Buku yang diterbitkan dalam tulisan jawi ini membincangkan khusus perkara yang berkaitan dengan umrah. Ramai umat Islam memilih untuk mengerjakan umrah terlebih dahulu sebelum mengerjakan haji. Umrah boleh dilakukan pada sebarang masa. Kandungannya menyentuh mengenai perkara yang berkaitan dengan rukun umrah, huraian mengenai hukum umrah, persediaan, perjalanan umrah, mengambil wuduk mengikut empat mazhab, perkara-perkara khurafat yang perlu dihindarkan semasa umrah, doa dan sebagainya.
Tajuk : Himpunan Solat Sunat
Karya : Mustaffa Suhaimi
Harga : RM6.00
Sinopsis :
Buku ini mengandungi himpunan solat sunat atau solat nafilah yang sering dikerjakan Rasulullah SAW. Ada solat sunat yang dikerjakan nabi saw setiap hari dan ada juga yang ditingglkan nabi saw sekali sekala. Antara solat sunat yang disentuh dalam buku ini ialah solat sunat malam, solat sunat wuduk, solat sunat awwabin, solat sunat tasbih dan banyak lagi.
Tajuk : Bangau Oh Bangau
Karya : A. Ghani Abdullah, Taha Kadir dan Abdul Mutallib Rani
Harga : RM10.00
Sinopsis :
Buku antologi puisi tiga sekawan ini mengandungi karya-karya A.Ghani Abdullah, Taha Kadir dan Abdul Mutallib Rani. Ghani menyumbang 32 puisi, Taha 21 puisi dan Abdul Mutallib 24 puisi. Puisi-puisi ketiga penyair ini menyentuh masa lampau dan melakarkan aspirasi zaman kini bagi menentukan masa depan bangsa ke jalan lebih terencana , bukan jalan ketinggalan.
Tajuk : Popular Misteri
Karya : Abdul Hadi Mohd Diah
Harga : RM3.50
Sinopsis :
Majalah Pupular Misteri antara majalah yang paling hangat mendapat sambutan daripada pembaca di seluruh tanah air, terbit setiap awal bulan. Setiap isu sentiasa panas dengan kisah-kisah menarik dan menjadi rebutan para pembaca remaja di seluruh negara. Ia bukan sekadar menyiarkan kisah-kisah misteri biasa tetapi berpijak kepada realiti kehidupan masyarakat pelbagai bangsa di pelbagai daerah dan negara.

Popular Misteri mempunyai penulis di berbagai tempat termasuk Jakarta, Sumatera dan London. Dengan mengeluarkan sedikit belanja anda akan dapat membaca pelbagai cerita menarik di nusantara atau di luar nusantara.

Dijual di pelbagai kedai buku di seluruh negara atau andainya anda terlalu sebuk hendak ke kedai buku anda boleh berlanggan terus dengan penerbitnya di alamat Summer Slam Publishing, 11A, Jalan 3/10 Taman Seri Gombak,68100 Batu Caves, Selangor.
Tajuk : Menjadi Manusia Paling Mulia
Karya : Yahaya Nuryadi
Harga : RM15.00
Sinopsis :
Tujuh perkara bagi seornag hamba yang pahalanya akan tetap mengalir sedangkan dia berada di dalam kubur iaitu; 1. Orang yang mengajarkan ilmu., 2. Menggali lumpur sungai., 3. Menggali perigi., 4. Menanam pokok buah-buahan., 5. Membangunkan masjid.,6. Mewariskan musaf (al Quran) dan 7. Meninggalkan anak lelaki salih yang meminta keampunan untuknya setelah dia meninggal dunia.

Untuk mengetahui lebih lanjut bagaimana mahu menjadi hamba yang paling mulia di sisi Allah miliki buku ini, sedang laris di pasaran.
20, Jalan 56, Desa Jaya, Kepong 52100 Kuala Lumpur. Tel : 03-6274 9225 / 012-253 8156