Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.    Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk),    Dia menciptakan manusia dari sebuku darah beku;    Bacalah dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah;    Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan;    Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.    Ingatlah! Sesungguhnya jenis manusia tetap melampaui batas (yang sepatutnya atau yang sewajibnya),    Dengan sebab dia melihat dirinya sudah cukup apa yang dihajatinya.    (Ingatlah) sesungguhnya kepada Tuhanmulah tempat kembali (untuk menerima balasan).    Adakah engkau nampak (baiknya) orang yang melarang (dan menghalang);    Seorang hamba Allah apabila dia mengerjakan sembahyang?    Adakah engkau nampak (buruknya) jika dia berada di atas jalan yang betul?    Atau dia menyuruh orang bertakwa (jangan melakukan syirik)?    Adakah engkau nampak (terlepasnya dari azab) jika dia mendustakan (apa yang disampaikan oleh Nabi Muhammad kepadanya) serta dia berpaling ingkar?    Tidakkah dia mengetahui bahawa sesungguhnya Allah melihat (segala amal perbuatannya dan membalasnya)?    Jangan sekali-kali berlaku derhaka! Demi sesungguhnya jika dia tidak berhenti (dari perbuatannya yang buruk itu), nescaya Kami akan menyentap ubun-ubunnya (dan menyeretnya ke dalam Neraka);    Ubun-ubun (orang) yang berdusta, yang bersalah.    Kemudian biarlah dia memanggil kumpulannya (untuk menyelamatkannya);    Kami pula akan memanggil malaikat Zabaniyah (untuk menyeksanya).    Ingatlah! Janganlah engkau (wahai Muhammad) menurut kehendaknya dan (sebaliknya) sujudlah dan dampingkanlah dirimu kepada Allah (dengan taat dan beramal soleh)!
Halaman Berkaitan : Buku Terbaru ¦ Promosi Bulan Ini
Tajuk : Perang salib
Karya : Mustaffa Suhaimi
Harga : RM7.00
Sinopsis :
Penganut Islam yang berada di Timur Tengah dan seluruh dunia kini diancam merbahaya oleh musuh-musuh Islam. Dahulu Umat Islam terpaksa menunggu 100 tahun untuk merampas semula Baitulmaqdis dibawah pimpinan Salahauddin Al Ayubi. Apakah kita kini akan menunggu 100 tahun lagi untuk merampas semula kota suci ketiga umat Islam itu. Baca kisah menarik ini dan kenalilah peribadi Salahuddin al Ayubi pahlawan Islam yang telah menyelamatkan maruah umat Islam.
Tajuk : Taubat Sebelum Maut
Karya : Rahman & Aisyah
Harga : RM8.00
Sinopsis :
Setiap yang hidup pasti akan mengalami kematian. Semasa hidup di dunia banyak dosa dilakukan. Oleh itu sebelum maut tiba eloklah kita bertaubat kepada Allah S.w.t. tetapi mesti ingat bahawa barangsiapa bertaubat sedangkan ibadahnya tidak bertambah maka dia bukanlah orang yang bertaubat. Buku ini amat berguna untuk dijadikan panduan.
Tajuk : Jiwa Solat Ikhlas dan Khusyuk
Karya : Abdul Aziz Ismail
Harga : RM10.00
Sinopsis :
Bila kita melakukan ibadah solat kita mesti melakukan dengan ikhlas dan jujur. Orang yang jujur tidak riak dalam solat. Solat tidak khusyuk ibarat badan tidak berjiwa dan sejahat-jahat pencuri ialah mereka yang mencuri dalam solat. Dalamilah ilmu yang berkaitan dengan solat untuk meningkat keimanan dan ketaqwaan.
Tajuk : Mencari Rezeki Halal Dunia & Akhirat
Karya : Harun Arrasyid Haji Tuskin
Harga : RM9.00
Sinopsis :
Setiap orang perlu mencari rezeki untuk hidup di dunia dan rezeki yang dicari itu mestilah halal untuk mendapat keredhaan Allah di dunia dan akhirat. Buku ini mengupas peri pentingnya mencari rezeki halal dan ikuti wasiat Sayidina Ali mengenai kekayaan dan kemiskinan sebagai panduan.
Tajuk : Amalan Menghapus Dosa
Karya : Rahman & Aisyah
Harga : RM8.00
Sinopsis :
Pahala dan amalan baik menjadi penyebab bagi umat manusia untuk menikmati kebahagiaan dan kesenangan hidup di akhirat sedangkan dosa dan maksiat itu adalah penyebab utama bag manusia dimasukkan ke dalam neraka.
Apakah amalan-amalan yang bleh menghapuskan dosa kita? Ikuti buku yang dikupas pengarang dengan cara mudah dan berkesan.
Tajuk : Air Mata di Pintu Baitullah
Karya : Datuk Haji Mazlan Nasron
Harga : RM8.00
Sinopsis :
Kisah-kisah yang dipaparkan dalam buku ini ialah pengalaman benar yang diketahui oleh penulis sebagai orang yang bertanggungjawab membawa jemaah haji dan umrah ke Tanah Suci setiap tahun. Dalam buku ini penulis menceritakan perihal seorang lelaki yang tidak nampak Kaabah walaupun dia berada di depan Kaabah; Tadi ada sekarang sudah ghaib,katanya. Lain-lain kisah menarik yang diceritakan termasuk * Bergelut denga maut di waktu wukuf, * Tersungkur di depan Hajarul Aswad , * Tunai haji bersama jin, *akibat guna duit haram ke Mekah dan lain-lain kisah yang boleh anda jadikan iktibar.
Tajuk : Bala Menimpa Manusia
Karya : Rahman & Aisyah
Harga : RM10.00
Sinopsis :
Manusia kadangkala lupa kepada Penciptanya iaitu Allah s.w.t. apa yang disuruh oleh Allah, mereka ingkar dan lalai. Mereka melakukan berbagai maksiat sehingga menimbulkan kemurkaan Allah. Sekarang ini kita menyaksikan berbagai bencana dan musibah yang berlaku terhadap manusia. Tsunami. Taufan, banjir besar, gempa bumi dan sebagainya sering berlaku sejak akhir-akhir ini. Apakah manusia merenung punca-punca kejadian bencana itu berlaku. Apakah bala yang menimpa manusia itu akibat daripada sikap manusia yang semakin ingkar kepada Allah s.w.t. Baca buku ini untuk mendapat gambaran bagi kebaikan kita bersama.
Tajuk : Wanita Terbaik dan Terhina Dalam al-Quran dan Hadis
Karya : Yahya Nuryadi
Harga : RM13.50
Sinopsis :
Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah menyebutkan bahawa; "Sebaik-baik wanita adalah wanita yang menyenangkan bila dilihat, taat bila disuruh dan tidak mengkhianati janji keluarga dan hartanya atau mengkhianati sesuatu yang dibenci oleh suaminya."(H.R.Imam Ahmad, Nasai dan Hakim). Buku ini perlu dibaca oleh kaum wanita kerana ia menceritakan wanita-wanita solehah dan wanita-wanita yang berkelakuan hina untuk kita jadikan iktibar.
Tajuk : Manusia Pertama Masuk Syurga
Karya : Sharifuddin Hj.Romawi
Harga : RM10.00
Sinopsis :
Siapakah manusia pertama yang dimasukkan ke dalam syurga? Tentu ramai yang dapat menekanya. Buku ini perlu menjadi bacaan sekeluarga kerana ia menceritakan mengenai individu-individu istimewa yang berperibadi mulia yang akan menjadi penghuni syurga. Semoga kita mendapat iktibar dan mengikut jejak mereka untuk menjadi manusia mulia yang menurut perintah Allah s.w.t.
Tajuk : Senyum & Tangis Rasulullah S.A.W.
Karya : Hidayatullah Mohd Syarif Aziz
Harga : RM10.00
Sinopsis :
- tiada buat masa ini -
Page : 1  2  3  4  5
20, Jalan 56, Desa Jaya, Kepong 52100 Kuala Lumpur. Tel : 03-6274 9225 / 012-253 8156